Ahad, 23 November 2008

Selamat Datang Ke Blog Jom Cuti-Cuti - Weiza


Sebelum nak bercuti-cuti ni... eloklah kita tahu serba sikit tip-tipnya.... so, di sini saya letakan tip-tip ringkas yang boleh dikongsikan khususnya bagi percutian dalam negara dulu:-

1) Tempahan Awal (Reservation) - Untuk percutian dalam negarapun dengan membuat tempahan awal untuk tempat penginapan dan tiket penerbangan dapat memberikan kesenangan kepada kita. Bukan apa, tempahan awal terutama dalam masa sesak seperti musim perayaan dan cuti sekolah, memudahkan kita untuk mendapatkan tempat yang selesa dan murah. Tempahan pada saat-saat akhir sebenarnya banyak membuang masa dan wang kerana bila kita tidak berpuas hati dengan apa yang ditawarkan kita akan bercadang untuk mencari ditempat yang lain. Jadi jangan abaikan tempahan awal ini.

2) Pengangkutan - Kalau kita bercuti dengan kenderaan sediri.. tak ada masalah la... tapi kalau kita naik kapal terbang atau pengangkutan awam yang lain, elok juga kita dapatkan sedikit sebanyak maklumat tempat yang hendak kita pergi tu.. pilihla pengangkutan yang paling murah tetapi selamat.

3) Rancang Bajet - Paling penting, jangan terlebih bajet.. karang tak pasal-pasal balik jalan kaki atau tak cukup duit nak beli minyak dan bayar tol. Pilihlah pakej-pakej percutian yang murah tetapi berbaloi dengan nilai wang anda. Disinilah tempahan awal dapat membantu anda merancang bajet percutian yang di inginkan.

4) Berjimat dengan bercuti berkumpulan - Sesetengah pekej percutian menawarkan pekej percutian yang lebih murah bila bilangan pesertanya lebih ramai. Selain daripada menjimatkan kita akan merasa lebih selamat berada ditempat orang bersama rakan yang boleh membantu jika menghadapi masalah.

Saya harap tip-tip ini dapat membantu anda yang sedang nak merancang bercuti dengan ahli keluarga atau kawan-kawan pada musim cuti sekolah ni... di lain masa saya akan masukan tempat-tempat melancong tempatan dan perkhidmatan pengangkutan yang murah dan berpatutan.